Friday 4 January 2013

Senggugut


SENGGUGUT??!!!



Senggugut, ataupun istilah perubatannya “dismenore” adalah merupakan antara keluhan yang sangat menganggu pada wanita usia produktif. Ia bukan saja sesuatu yang sangat menyakitkan bahkan dapat sampai mengganggu aktiviti seharian sesorang wanita sehingga menurunkan prestasi hidup dan kerjanya.

Dismenore, berasal daripada perkataan Greek, yang terdiri dari “ Dis” yang bermaksud sukar atau sulit,”men” atau bulan dan “rheein” yang bermaksud mengalir atau keluar, jadi makna secara umumnya beerti kesakitan saat haid , atau haid yang sukar dan bermasalah. Secara medis, dysmenorrhea ini didefinisikan sebagai kesakitan yang dialami saat haid, sehingga mengganggu aktiviti seharian dan memerlukan terapi.

Gejala senggugut

Selain daripada rasa sakit yang sangat mengganggu tadi, senggugut dapat disertai dengan keluhan lain seperti sakit kepala, mual, muntah dan diare. Rasa sakit selalunya dirasakan pada hari pertama haid terutamanya saat aliran haid mula terjadi dengan banyak.

Kenapa senggugut itu terjadi?

Senggugut terjadi disebabkan kontraksi atau pengecutan otot rahim yang berlebihan saat haid. Pengecutan ini dipacu terutamanya oleh hormon yang kita kenal sebagai hormon prostaglandin. Sebagai mana yang kita tahu, saat haid, dinding dalam rahim yang tadinya tebal sebagai persedian untuk terjadinya kehamilan , akhirnya disebabkan tidak terjadinya proses pembenihan oleh sperma, maka akan mengalami pemerosotan.Lapisan tisuyang tebal itu akan dihancurkan oleh tubuh secara biologis. Kematian sel-sel ini secara langsung akan menghasilkan hormone prostaglandin. Maka tidak hairan pada orang yang sedang haid kadar hormone ini memang tinggi. Namun tidak semua orang akan mengalami rasa sakit yang sampai mengganggu aktiviti mereka.

Kontraksi yang dipacu oleh prostaglandin ini sangat penting untuk memastikan rahim bersih daripada sel-sel yang mati tadi. Tetapi disebabkan kadar prostaglandin yang terlalu tinggi tadi , keluhan senggugut akan muncul.

Kenapa ada yang senggugut kenapa ada yang tidak?

Disebabkan senggugut merupakan penyakit hormonal jadi faktor genetik sangat memainkan peranan.Sekiranya adik beradik anda ada yang senggugut anda mungkin akan mengalaminya juga.Selain itu terdapat beberapa faktor risikolainyang dapat meningkatkan kemungkinan seseorang itu mengalami senggugut iaitu haid pertama yang dini( menarche), kitar haid yang panjang, merokok, obesiti dan peminum alkohol. Stress emosi yang tinggi dan rehat yang tidak mencukupi dapat mengganggu kestabilan hormon tubuh dan seterusnya memacu penyakit ini.


KLASIFIKASI DISMENORE

Kita dapat klasifikasikan dismenore kepada dua jenis, iaitu dismenore primer dan sekunder

Dismenore Primer

Adalah dismenore yang terjadi disebabkan hanya faktor hormonal dan tidak ada penyakit lain pada sistem reproduksi seseorang wanita itu. Jadi masalah itu bukan berpunca dari luar tetapi masalah pada sistem hormon wanita tersebut yang dipacu oleh faktor-faktor yang telah saya sebutkan tadi.

Dismenore Sekunder

Adalah dismenore yang terjadi disebabkan adanya kelainan lain pada sistem reproduksi, seperti pada kelainan endometriosis, radang rongga pelvis, jangkitan, penyakit usus, kehamilan ektopik atau luar rahim dan sebagainya. Dismenore jenis ini yang harus diberi perhatian dan mendapat pengubatan yang selanjutnya kerana boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem reproduksi wanita sehingga boleh menyebabkan kemandulan.
Jadi kenyataan awam yang mengatakan wanita yang senggugut itu susah untuk hamil ada benarnya sekiranya jenis dismenore yang dialami adalah daripada jenis yang sekunder ini terutamanya wanita yang mengalami endometriosis atau kista coklat.Namun begitu belum tentu semua kelainan yang telah saya telah sebutkan tadi berakhir dengan kemandulan tergantung kepada derajat keparahan penyakit dan jenis penyakit itu sendiri.

Endometriosis

Endometriosis adalah kelainan yang terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai tisu rahim(endometrium) tumbuh pada struktur lain dalam tubuh selain dalam rahim.Keluhan yang dirasakan persis sama seperti senggugut primer namun hanya terjadi sebelum haid bermula. Setelah haid mula keluar, rasa sakit yang dirasakan menghilang.
Saya memilih untuk menjelaskan penyakit ini dengan lebih detail disebabkan penyakit ini adalah merupakan salah satu penyakit yang tersering menyebabkan masalah kemandulan pada wanita. Jadi sekiranya anda mengalami keluhan seperti diatas, adalah lebih baik mendapatkan pemeriksaan di pusat kesihatan yang berhampiran.


TAHUKAH ANDA???

PREMIUM BEAUTIFUL Boleh ease priod pain.. 
camne???

  • Menghilangkan sakit sebelum dan semasa datang haid.
  • Mengatur kitaran haid secara normal
  • Melancarkan perjalanan darah.
  • Mengatasi masalah darah haid yang berlebihan atau datang lebih dari hari maksimum (lebih dari 7-8 hari).
  • Memperbetulkan kitaran pusingan haid agar datang setiap bulan pada waktu yang tepat.
  • Mengatasi masalah keguguran (benih perempuan lebih sihat, kuat dan berkualiti)
  • Mengatasi masalah kesukaran mendapatkan zuriat/anak.
  • Mengatasi risiko barah rahim.
  • Mengatasi risiko barah payudara.
  • Membaiki sistem hormon menjadi lebih baik dan sempurna.
  • Menghilangkan masalah jerawat dan melicinkan kulit muka.
  • Seuai untuk remaja perempuan yang baru sahaja mula baligh atau perempuan yang selalu mengalami masalah sengugut, masalah jerawat tumbuh dimuka dan badan kerana hormon tidak menentu.
dapatkan PB anda @ pasangan anda..

Contact Us @60189590616(tynnie)/ 0193566793(zatty) for your Premium Beautiful set today !!  :)

No comments:

Post a Comment